Didiklah diri dan anak saudara, agar membaca Basmalah (BismillahiRrahmaniRrahim) dalam segala perbuatan..
Thursday, October 1, 2009
KEPENTINGAN BASMALAH
Wednesday, September 23, 2009
Friday, August 21, 2009
Tuesday, July 21, 2009
MUHASABAH DIRI - GAJI, BIAR HALAL & BERKAT

Setiap kita pastinya inginkan keberkatan terhadap gaji yang kita nikmati hasil daripada pekerjaan kita. Besar atau kecil bukan persoalannya. Ada rakan yang berpendapatan kecil, namun mampu hidup bahagia serta mempunyai anak-anak yang berjaya dalam pelajaran dan pekerjaan. Ada juga orang yang kaya, tetapi tidak dapat menikmati kebahagiaan hakiki.
Semuanya itu pasti disebabkan beberapa faktor yang memberi kesan terhadap keberkatan hasil wang yang diperolehi- dari mana sumbernya, bagaimana diperolehi, ke mana dibelanjakan dsb.
Sebagai ketua keluarga, menjadi kewajipan baginya memastikan sumber pendapatannya halal, agar kesannya kepada orang yang ditanggungnya itu baik lagi berkat.
Artikel yang saya terima melalui email ini rasanya sesuai dikongsi dengan saudara, sebagai panduan memuhasabah diri sendiri, agar kita tidak terjebak dengan perlakuan yang mampu menghilangkan keberkatan terhadap gaji yang kita kecapi setiap hujung bulan.
Rencana ini dikatakan disampaikan oleh Ustaz Zaharuddin (maaf, saya tidak dapat info lengkap mengenainya).
Bersamalah kita menghayatinya..
Dosa Harta Seorang Pekerja
oleh Ustaz Zaharuddin
Berikut adalah salah satu cabang dosa harta yang dimakan oleh sebahagian pekerja. Semuanya pasti merosakkan jiwa dan hati serta menjauhkan daripada keinginan solat, apatah lagi untuk mendapat khusyuk.
Contoh dosa harta seorang pekerja.
1.Menggunakan peralatan syarikat untuk tujuan peribadi seperti kertas, pen, faks, fotostat, menelefon anak di rumah, rakan-rakan dan lain-lain, yang mana tiada hubungan dengan kerjanya. Maka penggunaan tidak sah ini mestilah dibayar oleh pekerja sama ada secara langsung atau tidak
langsung.
2.Menipu syarikat ketika membuat tuntutan wang yang digunakan seperti tuntutan kos minyak petrol, pembelian alatan untuk syarikat di luar dan lain-lain dengan membuat kos tambahan sendiri.
3.Mengambil rehat tidak sah ketika waktu bekerja. Ia akan menyebabkan pendapatan gaji seseorang tidak sepenuh miliknya.
4.Membuat tuntutan kerja lebih masa dengan perancangan. Ia pada asalnya adalah harus, tetapi menjadi haram apabila pekerja sengaja melambatkan kerjanya pada waktu biasa, dengan niat untuk melakukan kerja lebih masa atau overtime. Ini ialah salah satu bentuk penipuan.
5.Rasuah dalam membuat pemilihan. Pegawai yang bertanggungjawab memilih kontraktor untuk iklan, pembersihan, latihan dan lain-lain untuk syarikat atau organisasinya. Sebagai contohnya, pihak pegawai memilih syarikat Z daripada empat syarikat lain yang menghantar quotation kerana syarikat
Z itu berjanji memberikannya sedikit imbuhan ikhlas.
Hukumnya adalah HARAM dan RASUAH dalam Islam.
6.Mencipta quotation sendiri oleh pegawai atau kumpulan pegawai yang diberikan kuasa membuat pemilihan kontraktor untuk syarikat. Dia atau mereka sepakat untuk memberi kepada 1 syarikat yang mereka kenali bukan kerana kualiti dan harganya tetapi kerana sebab-sebab lain. Disebabkan
oleh prosedur syarikat yang memerlukan agar quotation daripada 4 buah syarikat yang lain, pegawai ini telah mencipta beberapa quotation daripada syarikat yang tidak wujud bagi menunjukkan quotationnya adalah yang terbaik.
Hukum adalah HARAM kerana MENIPU.
7.Menaikkan harga. Seorang kakitangan diminta oleh majikan untuk mencari pembekal bahan mentah dan berjaya mencari dengan harga RM1500 tetapi menaikkannya kepada RM 2000, lalu baki RM 500 diambilnya.
Hukumnya adalah HARAM oleh sepakat ulama.
8.Menang Tender Bersyarat. Pegawai diminta oleh majikan mencari kontraktor untuk mengubah suai pejabat atau apa jua aset syarikat. Pegawai itu telah melobi syarikat B kepada majikan disebabkan dia telah mempunyai perjanjian di sebalik tabir dengan pihak syarikat B yang memberikannya izin untuk melabur wang peribadinya dalam syarikat B dengan kadar keuntungan mengikut Islam kononnya. Padahal, jika tiada peluang melabur itu, sudah pasti pegawai itu tidak akan mengempen syarikat B.
Hukum tindakan sebegini adalah HARAM dalam Islam dan ia termasuk dalam RASUAH BENTUK BARU dan berselindung di sebalik aktiviti pelaburan Islam.
9.Tuntutan Palsu. Kakitangan membeli barang keperluan syarikat ataumengisi minyak dengan harga tertentu tetapi berpakat dan memohon pembekal atau stesen minyak mengeluarkan resit dengan jumlah berbeza daripada jumlah pembeliannya. Berbekalkan resit itu, pegawai membuat tuntutan
kepada syarikat dengan harga berlipat kali ganda. Ini yang berlaku dalam kes-kes di atas.
Hukumnya adalah HARAM menurut Islam kerana membuat penipuan kepada syarikat. Pihak pembekal juga berdosa kerana dikira bersubahat mengeluarkan resit berjumlah palsu itu.
10.Resit Harga Ciptaan. Kakitangan membeli barang untuk kegunaan syarikat dari satu kedai, dan kedai tersebut enggan bekerjasama untuk menaikkan harga dalam resit. Bagi meraih keuntungan, pihak pegawai telah mencipta resit sendiri berserta cop palsu.
Hukumnya adalah HARAM dalam islam kerana PENIPUAN.
11.Ambil Untung Sendiri. Pegawai diberi oleh syarikat bajet maksimum sebanyak RM 5000 untuk membeli satu barangan keperluan syarikat. Pegawai berjayamencari di pasaran terbuka barang yang diperlukan dengan hargaRM4000 sahaja. Bagi mendapat manfaat, si pegawai telah berpakat dengan
penjual agar dituliskan harga RM5000 dalam invoice dan baki RM1000 hendaklah diberi kepadanya.
Hukumnya adalah HARAM kerana penipuan dan wang khianat sebagaimana yang disebut oleh Nabi Muhammad S.A.W. Bagaimanapun, jika ia berterus terang dengan majikan sambil memohon sebarang insentif atas kejayaannya mengurangkan kos syarikat kerana kecekapannya mencari barang yang lebih murah, tatkala itu, majikan harus memberikannya jika ia tidak menyalahi mana-mana undang-undang syarikat. Jika tidak, majikan akan mengambil kira kejayaan itu dan membayarnya dalam bonus dan kenaikan gaji apabila sampai waktunya sahaja. Wang yang diperolehi daripada kerja yang telah diberi gaji. Ramai individu yang cuba mendapat side income daripada cara-cara yang disebut tadi, sambil melakukan tugasannya yang wajib. Ingatlah hadis berikut,
Nabi bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) " (Riwayat Abu Daud)
Sunday, June 21, 2009
'DOKTOR' YANG 'MEMBUNUH'...

Salam buat saudara pengunjung Halaman Hayat..
Sebulan, saya tidak mengemaskini blog. Maaf- buat sahabat dan kenalan yang sesekali menjenguk mencari bahan, cerita @ berita di sini tetapi tidak menemui apa-apa pembaharuan.. Sekali lagi - "MAAF!"
Saya sebenarnya bukan jenis yang suka berblog di cybercafe. Selalunya jika ingin berblog, saya lebih suka melayari atau mencoret sesuatu menggunakan talian streamyx di rumah. Saya tidak ada broadband yang mudah dibawa ke mana-mana untuk berinternet..
Selain masalah kesihatan yang agak menguji kebelakangan ini, satu hal yang menyekat dan "menyakit" untuk berblog adalah disebabkan "sakit" yang dialami oleh netbook saya.
Dalam sebulan ini, dua kali netbook saya terpaksa "diubati" (diformat). Segalanya berpunca daripada gangguan "Doktor" yang terimport ketika berinternet.
"Doktor" yang saya maksudkan - 'Malware Doctor' yang entah bagaimana, tiba-tiba "masuk, merasuk dan merosak" kelancaran penggunaan netbook dari kebiasaan. Akibatnya, kerja-kerja selalu 'hang' (tergendala), terpadam-padam..dan akhirnya terus gagal dibuka..
Justeru bagi saya Malware Doctor ini adalah "Doktor Pembunuh"!
"Doktor yang membunuh..."
Zalimkah saya melabel begitu..?
-Semoga saudara tidak mengalami apa yang saya rasai..
Sunday, May 17, 2009
"SELAMAT HARI GURU!"

"SELAMAT HARI GURU!" - ucapan buat semua insan bergelar "guru".
Ungkapan itu yang pastinya disuarakan, ditulis, dihebah dan dihebohkan setiap hadirnya 16 Mei.
Disambut 'Hari Guru', sebagai mengenang jasa dan sumbangan para guru terhadap yang bernama 'pelajar/murid'..
Dan dalam sehari dua ini, berbagai mesej (SMS) ucapan yang diterima- daripada kawan, jiran, sedara, murid, bekas murid, parents dan tidak ketinggalan, rakan blogger..
Catatan ini mungkin lewat, tapi sengaja dicoret beberapa jam selepas 16 Mei..sebagai PENGHARGAAN kepada semua teman seperjuangan ('guru')..
Berikut antara mesej yang diterima..
"I can appreciate coffee without susu, nights without lampu, curry without lembu, burgers without keju. But not school without GURU. Happy Teacher's Day"
"Dapat Bunga- tanda tugas guru mengharumkan dunia. Dapat Pen- tanda guru bijak melakar kata. Dapat Pemadam- tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta. Dapat Mesej- tanda guru sentiasa di ingatan. SELAMAT HARI GURU!"
"Happy Teacher's Day. You have been shaping the world and inspiring the future. We are very lucky to have you..."
"You can be a doctor and save lives, a lawyer and defend lives, a soldier and protect lives, or simply be yourself- a Teacher who touches lives.. Happy Teacher's Day!"
"Kalau nak kaya jangan jadi guru. Kalau nak glamour jangan jadi guru. Kalau nak banyak kerja jadilah guru. Kalau nak kena marah dengan mak bapak budak, jadilah guru. Selamat Hari Guru, walaupun tak berapa selamat jadi guru..Hihi.."
"Without Teacher's dayz are SADday, MOANday, TEARSday, WASTEday, THIRSTday, FIGHTday, SHATTERday..So, do a great works. Happy Teacher's Day!"
"Yang menghafaz itu Guru Sejarah, yang cakap berbunga itu Guru Sastera, teratur ayatnya Guru BM, gelap kulitnya Guru PJ, sopan orangnya Guru Sivik, warak orangnya Guru Agama, pelik orangnya Guru PS, power cakapnya Guru Besar, hebat bahasanya Guru ETEMS, tak pemarah Guru Kaunseling, banyak tuisyennya Guru BI, banyak claimnya Guru SBT, sabar orangnya Guru Pendidikan Khas..Walau siapapun...SELAMAT HARI GURU!"
"Mak cakap Cikgu macam maggi- makanan rutin time susah. Ayah cakap Cikgu macam D'Seekers- menakutkan. Atuk cakap Cikgu macam Astro- macam-macam ada! Tapi saya cakap Cikgu macam L'Oreal- kerana dirimu begitu berharga! SELAMAT HARI GURU!"
[ *Buat semua guru saya sejak alam persekolahan sehingga kini- SEMOGA ALLAH SWT MERAHMATI & MERBERKATI HIDUP KALIAN, DUNIA & AKHIRAT. Amiin ]
Wednesday, May 6, 2009
IKTIBAR - DIALOG ANTARA RASULULLAH SAW DENGAN IBLIS
Telah diceritakan bahawa Allah SWT telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad saw agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang di tangannya memegang tongkat.
Bertanya Rasulullah saw, "Siapakah kamu ini ?"
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"
Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."
Baginda Rasulullah saw lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"
Iblis menjawab, "Lima belas."
1. Engkau sendiri, hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12. Orang mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang mukmin yang bermanfaat kepada orang lain.
14. Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam, sedang orang lain semuanya tidur."
Kemudian Rasulullah saw bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?"
Jawab iblis, "Sepuluh golongan :-
1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba'.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.
Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."
Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan manusia. Dari itu, hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh Allah. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah.











