KEWAJIPAN BERSOLAT

Monday, March 31, 2008

DOA UNTUKMU SAHABAT...


Baru-baru ini, saya telah berkesempatan menziarahi seorang teman seperjuangan - Sdr. Zuperi b. Amat Sitor, 36, Guru Bimbingan di SK Bandar Tasik Kesuma. Beliau telah terlantar di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), akibat menderita kanser tulang - saraf tunjang.





Tiada apa yang mampu saya lakukan tatkala menatap sahabat ini, selain doa... Doa semoga beliau tabah menghadapi saat pahit dan sakit ini.. Doa, semoga Allah SWT memberi kesembuhan atas penyakit yang dihidapinya.. Doa semoga keluarga beliau, sentiasa sabar dan tegar melalui apa jua kemungkinan yang bakal berlaku..
Sebagai saudara seagama, saya merayu para pembaca, ayuh kita bersama mendoakan agar kesihatan beliau akan semakin baik..
Terima kasih atas doa saudara...

2 comments:

Noorhisham Hamzah said...

Saya melihat foto saudara kita ini wajahnya lebih baik dr masa saya tiba dulu, semoga sembuh...teruskan doa-2 anda ke pangkuanNya

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

ya akhi..kita yang mengaku sbg saudara, tentu skali perlu mendoakan sahabat yg mengalami ujian berat spt dia.. semoga rakan2 yg lain sudi melakukan yg sama.

blogger templates | Make Money Online