Sempena 16 Mei 2008, ungkapan "SELAMAT HARI GURU" - ingin saya ucapkan kepada semua yang bergelar "Cikgu", "Guru", "Pendidik", atau apa saja yang boleh diistilahkan sebagai orang yang mengajar, yang mendidik, yang mengasuh... Tidak kiralah, sama ada yang memberi pendidikan formal, mahupun yang tidak formal.
Tema Hari Guru tahun ini - "GURU CEMERLANG, NEGARA TERBILANG" membawa maksud dan aspirasi paling bermakna, mencabar serta berupa dorongan kepada insan pendidik, agar "mencemerlangkan dirinya", demi menjadikan "negara terbilang" (merangkumi aspek modal insan dan kemajuan pembangunan sebenarnya?).
Saya bukanlah orang yang berhak, serta bukannya layak untuk mengupas makna tema tersebut.. Cuma sebagai warga guru, saya merasakan kita - para guru - diingatkan supaya berusaha menjadikan diri "secemerlang" yang termampu.. Lebih-lebih lagi, profesion perguruan zaman kini berdepan pelbagai cabaran serta isu yang menggugah, yang mencabar nurani dan minda setiap guru..
Kepada semua yang bergelar "guru", khususnya rakan kaunselor, marilah kita bersama berusaha memajukan diri, memantapkan nurani & rohani, setulus mungkin - demi menjadikan profesion mulia ini sebagai satu cabang untuk berdakwah, wadah untuk berkhidmat melahirkan generasi yang tinggi ilmunya, mulia akhlaknya, sopan tingkahnya, santun tuturnya..
Semoga pekerjaan kita, menjadi ibadah hendaknya.
"SELAMAT HARI GURU!"
KEWAJIPAN BERSOLAT
Thursday, May 15, 2008
"SELAMAT HARI GURU !"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment