KEWAJIPAN BERSOLAT

Saturday, May 3, 2008

SOLAT - UBAT MUJARAB PENGUSIR KESEDIHAN




Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah, ayat 153:
“Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada
Allah) dengan sabar dan solat…”


Apabila ketakutan meliputi anda, kesedihan menghimpit anda, dan
kerisauan mencekik anda, maka bersegeralah anda mendirikan solat, nescaya jiwa anda akan kembali tenteram dan tenang.
Sesungguhnya solat itu - dengan izin Allah - boleh menjaga anda dengan menghilangkan kesedihan dan kerisauan yang menghimpit anda selama ini.

Ketika Rasulullah saw dirundung masalah, baginda bersabda kepada
Bilal bin Rabah r.a.:
“Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat.” (al-Hadith)

Begitulah, solat benar-benar merupakan penyejuk hati dan sumber
Kebahagiaan bagi Rasulullah saw.

Saya telah banyak membaca sejarah hidup beberapa orang tokoh. Dan
umumnya, apabila saat mereka dihimpit dengan persoalan hidup dan menghadapi banyak dugaan, maka mereka segera memohon pertolongan Allah SWT dengan mendirikan solat dengan khusyu’. Begitulah cara mereka mencari jalan keluar, sehinggalah kekuatan, semangat dan tekad hidup mereka pun pulih kembali.



Solat khauf dilaksanakan pada saat-saat genting, yakni saat kematian terjadi di mana-mana dan banyak nyawa melayang, akibat peperangan. Apabila keadaan semakin memburuk maka solat akan memperbaikinya. Ini merupakan syarat bahawa sebaik-baik penenang jiwa dan ketenteraman hati adalah solat yang khusyu’.

Setiap generasi umat manusia yang sedang menderita berbagai penyakit
kejiwaan saat ini, hendaklah sering mengunjungi masjid dan meng- hamparkan keningnya di atas lantai tempat sujud dalam rangka meraih keredhaan dari Ilahi. Dengan melakukan sedemikian, nescaya ia akan selamat dari pelbagai himpitan hidup. Jika tidak, tangisannya tentu akan membakar kelopak matanya dan kesedihan akan menghancurkan urat sarafnya. Maka jelaslah bahawa seseorang itu tidak memiliki sebarang kekuatan pun untuk meraih ketenangan dan ketenteraman hati selain dengan mendirikan solat.



Salah satu daripada nikmat Allah yang paling besar - jika kita mahu berfikir - ialah perlaksanaan solat wajib lima waktu dalam sehari
semalam, yang merupakan penghapus dosa-dosa dan pengangkat darjat kita di sisi Allah SWT. Di samping itu, solat lima waktu juga merupakan ubat yang paling mujarab untuk mengubati pelbagai kesedihan dan berbagai macam penyakit yang kita deritai.

Betapapun, solat mampu meniupkan ketulusan iman dan kejernihan takwa dalam relung hati, sehingga hati redha dengan apa jua ketentuan Allah. Adapun mereka yang menjauhi masjid dan meninggalkan solat, maka mereka hanya akan beralih dari kesusahan yang satu ke kesusahan yang lain, dari goncangan jiwa yang satu ke goncangan jiwa yang lain, dan dari kesengsaraan yang satu kepada yang lain.

“…Maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menghapus
amal-amal mereka”
. (Muhammad : 8)

Dikarang oleh Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni

No comments:

blogger templates | Make Money Online