KEWAJIPAN BERSOLAT

Thursday, June 26, 2008

BAGAIMANA MENGHARGAI SESEORANG..?


Ada pertanyaan tentang - bagaimana kita boleh menunjukkan penghargaan terhadap seseorang..? Apakah dengan memberinya sebungkus hadiah? Sekuntum bunga? Atau barangan yang mahal? Atau, cukup sekadar ucapan penghargaan dan 'terima kasih'..?
[*Tentu saudara juga mempunyai pelbagai pandangan bagi menjawab persoalan ini.]

Saya ingin berkongsi pandangan berikut, yang mana kita tidak perlu mengeluarkan belanja besar untuk menghargai seseorang, dengan memberinya hadiah. Cuma, ketulusan rasa dan keikhlasan tenaga - merupakan 10 hadiah paling mudah (dan murah!)
* [Walau bagaimanapun, saudara perlu menyesuaikan dengan keadaan- iaitu siapa penerimanya, serta tidak pula melanggar batas susila]
1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan merancang bagaimana untuk membalas/mengutuk dan sebagainya. Tetapi, tunjukkan minat dan menjadi pendengar yang setia.

2. Hadiah Tanda Kasih: Usah kedekut memberikan pelukan, ciuman dan belaian tangan. Biarkan perlakuan ini untuk menunjukkan kasih sayang kita terhadapnya.

3. Hadiah Secebis Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau, sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa : Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel/sketsa. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa (berhibur) bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang padan dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi terhadap seseorang yang mempunyai nilai rendah diri/rendah hati.

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang!

10. Hadiah Doa: Hadiah paling berharga! Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka- yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

Ingat saudara, ini sekadar saranan/pandangan. Harap sesuaikan dengan situasi orang yang dihargai itu, dengan situasi keadaannya. Semoga dapat membantu!
-Apa pula pandangan/komen saudara?

No comments:

blogger templates | Make Money Online