Satu persoalan yang nampak seolah ‘kasar’ saja bunyinya… Namun, sebetulnya, persoalan ini ingin mengajak saudara pembaca merenung sejenak – apakah kita yang bergelar anak ini, masih mempunyai ‘bapa’, ‘ayah’, ‘abah’, atau apa saja yang bermaksud ‘seorang lelaki yang amat penting bagi seorang anak’….
Mari kita fikirkan – apakah kita telah membuat yang terbaik terhadap ‘bapa’ kita…
Apakah setiap hari kita mendoakan kesejahteraannya..?
Apakah kita setiap kali memberi bantuan kepadanya, di saat dia memerlukan..?
Apakah kita sering menjadi penawar baginya ketika dia di dalam kesedihan..?
Apakah kita mengikuti segala nasihatnya..?
Apakah kita berpeluang menyediakan makan minum buatnya..?
Adakah kita sedar, keinginannya melihat kita bahagia di dunia dan akhirat..?
Tidak ada bapa yang mendoakan keburukan terhadap anaknya…
Justeru, kita sebagai anak, mari tanyakan diri sendiri – di mana bapa kita sekarang..? Sudah tiada..? Dalam maksud, sudah meninggal..?
Jika itu hakikatnya, adakah setiap hari, kita mendoakan semoga Tuhan mengampuni dan mencucuri rahmat ke atas rohnya..?
Ingatlah, doa anak yang soleh, diharap dapat membantu roh ayahanda kita yang telah pergi… itu jaminan daripada baginda Rasulullah saw…
Atau, adakah bapa anda masih hidup..?
Di mana beliau ketika ini..?
Dekat..? Atau jauh..?
Berusahalah untuk dekat dan erat dengan seorang bapa..sementara hayat masih ada.. Jika bapa kita telah melewati usia tua, berilah sepenuh perhatian kepadanya.. Jika jauh, rajinlah menziarahinya.. Seorang bapa tidak memandang kepada wang ringgit, tapi raut wajah yang datang menjenguknya, menjadi ubat penawar kepada kesunyian dan kegundahannya…
Ingatlah.. sementara kita masih berkesempatan..
Jangan sampai apabila dia telah pergi selama-lamanya, waktu itu penyesalan tidak bererti lagi…
Renungkanlah…
[*Catatan ini sebagai mengenang arwah ayah yang telah lebih dahulu menemui al-Khalik pada 11 Julai 2006 dulu.. al-Fatihah buat allahyarham..]
KEWAJIPAN BERSOLAT
Wednesday, July 9, 2008
ADAKAH ANDA MEMPUNYAI BAPA..?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment