KEWAJIPAN BERSOLAT

Friday, August 8, 2008

DOA PELINDUNG DIRI & KELUARGA


"Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui."

Daripada Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Syeikh Syuaib : Hasan, Rasulullah saw didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan nama-Nya sama ada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya"

Petua Beramal:
1. Doa ini dibaca 3 kali di waktu pagi, insya-Allah sepanjang siang Allah SWT selamatkan daripada sebarang kemudaratan. Jika dibaca 3 kali di waktu maghrib, insya-Allah sepanjang malam Allah SWT selamatkan daripada sebarang kemudaratan.

2. Apabila hendak pergi ke suatu tempat yang berisiko/merbahaya, tempat kerja, bermusafir, balik kampung, hendak membuat sesuatu pekerjaan yang berisiko atau pulang ke rumah daripada melakukan sesuatu pekerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini 7 kali.

3. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga 7 kali, jika bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut.

4. Lazimkan juga membaca surah al-Fatihah & ayat Kursi setiap kali selepas solat 5 waktu.

*Catatan -
Kita disuruh berikhtiar dan berusaha. Kepada Allah SWT saja yang berhak kita pergantungkan harapan agar ikhtiar dan usaha kita dimakbulkan-Nya.
".. hanya kepada-Mu sahajalah kami SEMBAH, dan hanya kepada-Mu sahajalah kami mohon PERTOLONGAN"
(Al-Fatihah, ayat 5)

No comments:

blogger templates | Make Money Online