KEWAJIPAN BERSOLAT

Saturday, August 16, 2008

IKTIBAR - SI KECIL TAKUTKAN API NERAKA...


Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai. Ketika dia berjalan-jalan, dia terpandang seorang anak kecil sedang berwudhu' sambil menangis.
Melihat anak kecil tadi menangis, dia pun bertanya, "Wahai anak kecil, kenapa kamu menangis?"
Maka jawab anak kecil itu, "Wahai pakcik, saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.." (Surah at-Tahriim, ayat 6) Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Mendengar jawapan itu, orang tua itu pun memujuk, "Wahai anak, janganlah kamu takut. Sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."
Berkata pula anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal. Tidakkah pakcik lihat, kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu? Kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.."

Orang tua itu berasa sebak, sambil menangis, "Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa. Maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

Catatan - Jika anak sekecil itu berfikiran demikian, apatah lagi kita yang dewasa dan berakal? Bersamalah kita bermuhasabah.. Semoga ada kesedaran di jiwa kita agar lebih takutkan balasan azab neraka, dengan berusaha menjauhi segala larangan-NYA.

No comments:

blogger templates | Make Money Online