KEWAJIPAN BERSOLAT

Thursday, August 21, 2008

Tazkirah - 100 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman


*Berikut disenaraikan 100 langkah menuju kesempurnaan iman. (tidak disusun mengikut keutamaan)
1. Bersyukur apabila mendapat nikmat
2. Sabar apabila mendapat kesulitan
3. Tawakkal apabila mempunyai rencana/program
4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan
5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
8. Jangan peduli dengan kekayaan orang
9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan
11. Jangan tamak kepada harta
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan
13. Jangan hancur kerana kezaliman
14. Jangan goyah kerana fitnah
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram
17. Jangan sakiti ayah dan ibu
18. Jangan usir orang yang meminta-minta
19. Jangan sakiti anak yatim
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid
25. Biasakan solat malam

26. Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
28. Sayangi dan santuni fakir miskin
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
30. Jangan marah berlebih-lebihan
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah
33. Berlatihlah menumpukan fikiran
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf jika sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan
36. Jangan percaya ramalan manusia
37. Jangan terlampau takut miskin
38. Hormatilah setiap orang
39. Jangan terlampau takut kepada manusia
40. Jangan sombong, takabbur dan besar kepala
42. Berlakulah adil dalam segala urusan
43. Biasakan beristighfar dan bertaubat kepada Allah
44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala
45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
46. Perbanyakkan silaturrahim
47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
48. Bicaralah sekadar keperluan
49. Beristeri/bersuami jika sudah berkemampuan
50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu


51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur
52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin
53. Sediakan waktu untuk bersantai dengan keluarga
54. Makanlah secukupnya, tidak kurang dan tidak berlebihan
55. Hormatilah guru dan ulama
56. Selalu bersalawat kepada nabi
57. Cintai keluarga Nabi saw
58. Jangan banyak hutang
59. Jangan terlampau mudah berjanji
60. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara
61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti membebel/membicarakan perkara yang tidak berguna (sia-sia)
62. Bergaullah dengan orang-orang soleh
63. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar
64. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu
65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita
66. Jangan berdendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi
67. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya
68. Jangan benci kepada orang yang membenci kita
69. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang ingin mendapatkan pertolongan
71. Jangan melukai hati orang lain
72. Jangan membiasakan berkata dusta
73. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian
74. Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab
75. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan
76. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
77. Jangan membuka aib orang lain
78. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita
79. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana
80. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan (muhasabah diri)
81. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya
82. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara
83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain
84. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara
85. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa yang buruk
86. Hargai prestasi dan pemberian orang
87. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan
88. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan
89. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan keadaan diri kita
90. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu
91. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana
92. Pandai-pandailah melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah melupakan jasa kita sendiri
93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina
94. Jangan cepat percaya kepada berita buruk yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya
95. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban
96. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan, serta tidak berlebihan
97. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan diri
98. Waspadalah akan setiap ujian, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan
99. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan
100. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

No comments:

blogger templates | Make Money Online