KEWAJIPAN BERSOLAT

Monday, September 1, 2008

Berfikir Sejenak - Ramadhan Membuka Ruang..


Sesungguhnya, Ramadhan adalah bulan keberkatan..
Bulan di mana kita seharusnya merebut peluang untuk memperbanyakkan amal ibadah
Ikhlaskan hati melaksanakan ibadah fardu
Perbanyakkan amalan-amalan sunat
Membaca al-Quran..
Berzikir..
Beristighfar..
Berdoa..
Banyakkan solat-solat sunat..
Rajinlah membuat kerja-kerja rumah
Sapu sampah, kemas rumah, cuci lantai dsb..
Bekerjalah dengan setulus mungkin
Membantu dan bekerjasama ketika bertugas
Tidak mencuri masa ketika bekerja
Manfaatkan masa yang terluang dengan kerja yang berfaedah

Sesungguhnya Ramadhan membuka ruang dan peluang untuk membentuk peribadi mulia
Jaga lisan
Jaga tulisan
Jaga perbuatan
Kawal percakapan
Kawal pendengaran
Kawal penglihatan
Bentuk akhlak yang baik
Jaga sopan santun berbicara
Jaga ayat dan kalimat dalam penulisan
Jaga adab dan tingkahlaku dalam berinteraksi dengan orang lain..
Singkirkan segala sifat mazmumah
Isilah dengan sifat mahmudah..
Jika hati berniat untuk menjadi baik, Allah SWT membuka seluas-luas jalan untuk kita mencapai kebaikan itu

Yakinilah dengan kasih sayang DIA terhadap kita
Berkasih dan berkasihanlah sesama insan
Semoga segala ibadah kita diterima-NYA
Semoga segala kesilapan kesalahan diampuni-NYA
Semoga redha-NYA menjadi rahmat keberkatan hidup kita.

2 comments:

Abdul Hadi said...

salam ramadhan kareem.
alangkah bahagianya jika kita dapat mengetahui lalu menyingkirkan segala mazmumah.
alangkah bahagianya jika kita dapat mengetahui lalu menghayati segala mahmudah.

datang ramadhan menyuntik jutaan kurnia dan fadhilat
datang ramadhan membius keturunan iblis dan jahat
datang ramadhan mendamping insan beriman dengan rahmat dan berkat
datanglah ramadhan. datanglah meyakinkan ibadat dan meningkat darjat.

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam ramadhan jua buat kanda Hadi..
t/kasih atas kesudian mencoret di sini.
saya anggap satu penghargaan.
cantik dan menarik bait puisi yg dilakar. penuh makna tersurat dan tersirat amanat.
semoga DIA memimpin & membimbing kita mencapai mardhatillah. Amiin.

blogger templates | Make Money Online