KEWAJIPAN BERSOLAT

Wednesday, September 3, 2008

Tazkirah - BERKATNYA BERSAHUR...


Istilah sahur ini biasanya kita sebut, dengan tujuan untuk berpuasa pada keesokan harinya. Namun, ada di kalangan rakan kita yang liat untuk bangun sahur, lalu lebih suka makan lewat malam, agar tidak perlu 'menyusahkan diri' untuk bangun awal.

Berdasarkan beberapa hadis Rasulullah saw, hukum makan sahur adalah sunat. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Anas ra, Baginda bersabda: "Bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatan."

Dalam riwayat Abdullah bin al-Haris, salah seorang daripada sahabat Rasulullah saw telah menceritakan ketika beliau masuk ke rumah Nabi, Baginda sedang bersahur lalu bersabda: "Sesungguhnya (sahur itu) mempunyai berkat yang diberikan Allah kepada kamu sekalian, maka janganlah kamu meninggalkannya."


Daripada Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah saw bersabda: "Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu kemudiannya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah SWT berselawat ke atas orang-orang yang bersahur." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Selain terdapat keberkatan bagi orang yang bersahur, ia juga menunjukkan perbezaan puasa umat Islam dengan penganut agama lain.
Perbezaan antara puasa orang Islam dengan ahli kitab terkandung dalam hadis riwayat Muslim, sabda Baginda: "Perbezaan antara puasa kita (umat Islam) dengan puasa ahlul kitab ialah makan sahur."

Dengan bangun sahur juga, kita sebenarnya berpeluang untuk mengerjakan solat tahajjud, bertadarrus, berzikir dan berdoa memohon keampunan kepada Allah SWT, sementara menanti waktu fardhu subuh.

Surah Ali Imran, ayat 17 pula, Allah SWT menjelaskan waktu yang sesuai untuk memohon keampunan daripada-Nya. Maksud firman-Nya: "Dan juga orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah) dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah) dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur."

Hikmah bersahur juga, akan memberi tenaga dan kekuatan untuk bekerja dan beribadah pada siang harinya. Oleh itu, berusahalah untuk bangun sahur, di samping mengambil kesempatan beramal ibadah pada bulan yang penuh keberkatan ini.

4 comments:

JoVie said...

ALhamdulillah...
artikelnya bener2 mengupas Om...
makasih sekali...
selama ini saya sering gak perduli ama sahur...bahkan sering makan aja sekalian sebelum tidur agar gak susah2 bangun sahur....
ternyata banyak hikmah dibalik sahur itu...
tapi selain perbedaan2 diatas, apabila kita bangun sahur...badan kita serasa lebih segar dibandingkan apabila kita tidak bangun waktu sahur....
thanks infonya...

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Alhamdulillah..
sememang ramai juga yg masih tdk sadar hikmah bsahur ini. beruntunglah bg sesiapa yg mahu mengikut sunnahnya..
saya doakn smoga dik jovie dapat istiqamah ya..
trima ksh jua.

Cikgu Linda said...

Sebenarnya masih ramai yang tidak mahu ambil keberkatan sahur ni..Alhamdulillah keluarga saya dari dulu memang menekankan amalan bersahur.Malah adik saya yang tidak mahu makan pun saya paksa dia minum air untuk dapatkan keberkatan. Jangan tak bangun langsung...kita perlu mendidik amalan ini kepada generasi akan datang kerana tidak mustahil budaya bersahur awal pagi pukul 1-2 akan jadi trend terutama di bandar besar. Sedangkan seeloknya sahur jalan terbaik untuk kita beramal sementara menanti azan subuh..kalau dah sahur pukul 1 pg takut nanti ada yang tak bangun untuk solat subuh....

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Alhamdulillah..
Saya setuju dgn pndgn cikgu Linda - kita perlu mdidik generasi muda agar mbiasakn diri dgn bsahur, & lbh elok dilewatkn. Perlu juga bimbing mereka blatih mlakukn tahajud dll smntara mnanti subuh..d samping menekankn kberkatnny..
Wassalam.

blogger templates | Make Money Online