KEWAJIPAN BERSOLAT

Saturday, October 18, 2008

DUGAAN DI MALAM RAYA - Bersabarlah Adikku..

(Sebenarnya, saya ingin berkongsi pengalaman ini pada hari kejadian. Tapi saya tidak punya ruang untuk mengadap laptop, tambahan pula di rumah adik (lelaki)di Bandar Baru Uda (BBU), tiada kemudahan internet..Dan sikap bertangguh juga antara penyebab kisah ini lewat dicatatkan..)
Kisah yang berlaku pada sekitar jam 1.30 pagi - awal Syawal. Adik (perempuan) di Bandar Uda Utama (BUU)menelefon, beritahu ada orang yang membaling cat ke rumah. Mereka tidak tahu angkara siapa. Hanya bunyi sesuatu yang meletup kuat di halaman hadapan. Sebaik menuju ke pintu hadapan, terkejut apabila terlihat seakan-akan darah yang tertumpah di lantai. Tapi setelah diamati, rupa-rupanya cat minyak berwarna merah..

Saya menasihatkan adik & ipar agar melaporkan kejadian ke balai polis. (Saya tidak pergi ke rumah adik itu, kerana saya tidak tahu arah ke sana. Adik pun duduk di rumah itu kurang lima bulan, setelah berpindah dari Bandar Tun Hussin Onn, Cheras, untuk menyambung pengajian sarjananya di UTM).
Menerusi cerita adik, pihak polis pada mulanya hanya menyuruh adik pulang saja serta mencuci kotoran cat itu. Tapi setelah diberitahu adik ni pegawai kanan, dan jiran sebelah rumahnya pula ayah kepada seorang menteri kabinet, barulah pihak polis bersetuju mengikut mereka untuk membuat laporan, mengambil gambar dll.

**************************************************
Pagi raya, setelah menunaikan solat sunat di Masjid Taman Perling, saya mengikut adik (lelaki) ke rumah adik (perempuan) di BUU.
Agak sayu melihat keadaan luar rumah adik yang kotor/comot disimbahi cat minyak. Tembok, pintu (gril/kayu), lantai dan kereta, kotor terpercik cat minyak.. Pagi-pagi raya, siapa yang boleh bekerja mencuci segala kotoran itu..? Alhamdulillah, adik (lelaki) dapat hubungi rakannya seorang kontraktor yang bersedia mengarahkan seorang pekerjanya (Indonesia) untuk membantu. Setelah merata merayau mencari thinner, scrapper dll (kerana banyak kedai tutup), akhirnya ada juga kedai Cina yang buka dan menjual barangan yang dicari. Dan pagi raya itu, pekerja Indon itu pun bertungkuslumus membersihkan apa-apa yang patut.. (Saya tidak tergamak melihatnya membuat kerja seorang diri, lantas saya pun membantu semampunya...)

(Kerja tidak dapat diselesaikan pada pagi itu, kerana sememang perlukan masa untuk kikis, cuci, cat undercoat dll. Alhamdulillah, selepas dua hari, semua dah OK)

********************************************************
*Catatan -
1. Untuk pertama kalinya, sesi bermaaf-maafan dan bergambar antara saya dengan isteri, anak-anak dan ibu, paling lewat dibuat!
2. Sebelum menyewakan rumah kepada orang lain, pastikan latar belakang bakal penyewa itu. Saya difahamkan oleh adik (perempuan), ada jiran yang beritahunya- penyewa dulu ada buat pinjaman along. Dan kemungkinan along beranggapan penyewa dulu masih tinggal di situ. (Alhamdulillah, saya tahu benar, adik perempuan saya tidak bermasalah kewangan. Dan dia bukan sasaran along!)
3. Saya nampak - adik saya itu tetap tabah dan tenang berhadapan ujian TUHAN. Semoga ALLAH pelihara kehidupanmu..

4 comments:

ryann said...

tak pasal- pasal adik bang amal jadi sasaran. seakan darah. harap terus tabah dan dijauhi keburukan

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

dik ryann, t/ksh krna mdoakn..

xiiinam751, musafir denganMu said...

masyaAllah...
Ingatkan darah tadi...

Dunia sekarang semakin kasar...

Semoga tabah hadapi ujian

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

ciklah,
memang waktu tu, anak buah ketakutan sbb ingatkn darah yg myimbah di pintu depan rumah..
t/ksh jua atas komen itu..

blogger templates | Make Money Online