KEWAJIPAN BERSOLAT

Thursday, October 23, 2008

Melawat Ke PUSAT JAGAAN TITIAN KASIH, TASIK TITIWANGSA, KUALA LUMPUR


Baru-baru ini, saya berpeluang mengikut rombongan ke Pusat Jagaan Titian Kasih, berdekatan Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Lawatan sempena program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang melibatkan empat buah sekolah dalam Zon Cheras. (Berita program RIMUP ada dimuatkan di http://kaunselormalaysia.blogspot.com.). Seramai 6 orang guru dan 38 orang murid terlibat dengan lawatan ini.
Pusat Jagaan Titian Kasih (PJTK) diasaskn oleh Pn. Sharifah bt Adlan (Mak Pah) pada tahun 1998.

Pusat ini menempatkan kira-kira 85 orang penghuni yang terdiri daripada 12 OKU, 10 orang ibu tunggal, manakala selebihnya adalah anak-anak yatim & piatu serta anak-anak terbiar.
Menurut pengasas PJTK, Mak Pah, sejauh ini, pusat tersebut hanya menerima bantuan daripada orang perseorangan dan orang ramai yang bersimpati serta bermurah hati terhadap nasib penghuni di pusat ini. Ditanya tentang bantuan daripada badan kerajaan, Mak Pah memberitahu kami, karenah birokrasi dan pelbagai syarat tertentu menghalang bantuan diberikan kepada mereka.
Difahamkan, PJTK ini disewa dengan kadar RM2,800 sebulan. Mak Pah memberitahu, tuan punya rumah telah beberapa kali menyuarakan hasrat untuk mengambil semula rumah tersebut dan meminta Mak Pah berpindah. Tapi sehingga kini, mereka mampu bertahan..
*Antara masalah yang dihadapi oleh PJTK :-
-anak-anak di sini tidak mendapat pendidikan formal secara percuma
-jika ada bantuan sukarela, tidak berpanjangan dan tiada kesinambungan
Mak Pah turut memberitahu, antara cara PJTK mendapatkan dana, adalah melalui jualan makanan (pelbagai kerepek dan kuih) yang diusahakan oleh ibu-ibu tunggal PJTK. Selain itu, lebihan sumbangan pakaian terpakai dijual secara 'jumble sale'.

************************************************************************************
Program lawatan diisi dengan acara sukaneka bersama anak-anak yatim/piatu PJTK.



Pada mulanya, ada cadangan untuk bergotong royong membersihkan PJTK. tetapi kerana kesuntukan masa, beberapa rancangan awal terpaksa dibatalkan. Alhamdulillah, sebelum kami pulang, ada sekumpulan pelajar IPTA yang datang untuk memberikan khidmat sukarela kepada PJTK.

*************************************************************************************
Beberapa keadaan yang menyentuh hati kami...
1. Melihat bayi perempuan berusia dua bulan, hasil 'perhubungan terlarang' pelajar tingkatan 5 dengan bapa saudaranya

2. Perbualan dengan seorang kanak-kanak perempuan -
"Ayah mana?"
"Ayah ada dalam penjara..."
('Mati ayat' untuk bertanya lagi..)

3. Ada penghuni yang dihantar ke sini disebabkan untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi mangsa deraan seksual oleh datuk sendiri yang telah melebihi usia 70tahun.
4. Peringatan Mak Pah kepada murid-murid agar memberi sepenuh kasih sayang, penghormatan dan bantuan terhadap ibu bapa masing-masing, kerana murid-murid masih bertuah jika dibandingkan dengan nasib anak-anak di PJTK.

*************************************************************************************

Catatan : Pesanan Mak Pah -Sesiapa yang berpeluang ke Tasik Titiwangsa, singgahlah ke Pusat Jagaan Titian Kasih, bantulah -melalui pembelian barang jualan
mereka. Alamat Pusat Jagaan Titian Kasih, 62A-2, Lorong Maran Off Jalan Kuantan, Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

3 comments:

xiiinam751, musafir denganMu said...

cikgu...
1. Apabila melihat buku pendaftaran murid di sekolah, kekadang kita akan jumpa murid yang tiada binti, dalam kurungan(bapa tidak dapat dikesan).....dan bilangannya kian tahun kian bertambah....

2. Semasa PMR lalu,ckLah bertugas mengawas calon sakit dihospital...calon dalam pantang..

3. Soalannya ialah....kenapa Melayu yang diIslamkan ni...

tyas said...

bersyukurlah kita dengan keadaan kita sekarang ini..
kalo dibandingkan mereka, kondisi kita jauh lebih beruntung..
tapi kenapa masih saja banyak yang mengeluhkan apa yang tidak dimiliki, bukannya bersyukur atas nikmat yg sudah Allah berikan..

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam..

ckLah - sememang itulh realiti pd hr ini.. apa daya kita..?
didik & nasihat selagi tmampu..
hidayahnya, DIA akn tentukn..
(tugas pdidik spt kita, meskipun SEBENARNYA tgalas kpd 'ibu bapa')

ningtyas - betul tu, saya setuju. kita prlu bsyukur seadanya. hanya yg tdk pernah puas, akan kufur nikmat-NYA..
(smga kita tdk tmasuk di kalangan yg kufur nikmat-NYA itu..)

blogger templates | Make Money Online