KEWAJIPAN BERSOLAT

Thursday, December 25, 2008

HANDPHONE 'TV MOBILE' BARUKU CICIR..


Aduhai..

Apa yang boleh saya katakan..?

Baru sebulan lebih saya gunakan handphone tu.. Dan belum sepenuhnya saya 'mengexplore'nya.. (Cuma saya biasa menggunakan fungsi TVnya ketika berada di luar (rumah) bagi mengikuti siaran berita, selain kegunaan seperti telefon bimbit biasa.)

Petang tadi, pulang dari Plaza Low Yat (PLY), saya pergi ke Chow Kit Road (CKR) untuk mencari beg yang sesuai untuk laptop (netbook bersaiz 8'9'').

Berdasarkan pengalaman, harga di sekitar CKR lebih murah berbanding di PLY ataupun di Plaza Imbi.
Dalam kesibukan di celah orang ramai sepanjang gerai (atau bazar) di CKR, saya tidak sedar bila masanya handphone itu tercicir.. Saya biasanya menyimpan di poket (tambahan) sisi (jenis seluar banyak poket).
Atau, mungkin juga ketika berlari dalam hujan lebat, handphone itu tercicir.. ?

Aduhai..

Kehilangan TV Mobile itu tidaklah terlalu perit. Cuma terasa 'sakit' sedikit, kerana kehilangan nombor telefon rakan, saudara dll.. (Dan di dalamnya juga tersimpan foto diri, keluarga, dll..)

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Catatan -
1. Sesungguhnya, anak dan harta benda adalah ujian bagi manusia.
"Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar" - al Anfaal, ayat 28
(Sesungguhnya, setiap sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.)
2. Juga, ruang untuk bermuhasabah diri - nilai kelemahan dan kecuaian sendiri, supaya lebih berwaspada pada lain kali.
"Apa saja nikmat yang kamu perolehi adalah daripada Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) diri sendiri" - an-Nisaa', ayat 79
3. Latih diri untuk sentiasa bersikap redha, bersyukur, insaf, dengan setiap takdir-Nya.
"Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat-Ku), dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih" - Ibrahim, ayat 7


[ "Ya Allah, ampunilah segala dosa hamba-Mu yang kadangkala leka dan lena dalam pesona dunia.. Amiin." ]

10 comments:

xiiinam751 said...

Kesiannyaa...ad rezeki, beli yang lain cikgu!

Saya baru beli model tempatan 'TV PDA Phone CSL M525', Dual T Flash, setelah LCD Nokia cabuk saya pecah diinjak2 anak sedara yang melompat-lompat atas katil saya...

Murah saja. Tapi berbaloi. tvnya ok juga. Saya beli di kedai bekas anak murid saya..

ku tak sempurna said...

waduh...

kehilangan mmg memeritkan...
namun, ada hikmah di sebaliknya...

p/s : pas ni beli handphone biasa je... bila ilang, tak terasa sgt... :P

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam..

cklah,
kalau ada bekas murid teman yg juai hp, nk jugak teman cari yg baru..

(model TV PDA yg cklah beli tu, nti teman cari kat sini kot2 ada..nk tgok gak hargany 'kena' dgn teman ke idak.. tq. )

dik 'Y' @ KTS,
memg abg yakin, ada hikmah..

minat yg ada TV, sbb abg suka tgok brita..
(dulu dh puas guna hp 'biasa'- dr yg 'gedebak' baling anjing mau 'jln' anjing tu, smpailer yg kecik2 tp bnyk functionny..)

t/ksh atas saranan kalian
:)

ryann said...

simpati dengan kehilangan handphone abang amal. nombor2 yang penting tu susah nak dapat balik. kalau saya pun memang akan rasa perit juga.

Marzida said...

alahai.. hp baru cikgu la ilang ni.. erm rezeki kt org lain ler tu.. kalu dapat yg baik hati dptlah dia pulangkan.. cikgu kena subscribe dgn celcom rescue sim card tu.. dia caj RM1.50 sebulan. ok la bole dpt normbor lame tp terhad la 250 org shj. rujuk http://www.celcom.com.my.. harap lain kali dapat membantu...ok

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam..

dik ryann,
apa blh buat..kena sabar & redha dgn takdir-Nya.
t/ksh atas simpatimu..

anakanda marzida,
hilang d tmpt org ramai, payah nk dpt smula..tkpa. kena beringat2 d kmdian hari..
t/ksh atas info itu..menarik jg.
:)

Norish @ Afraima said...

Kawe ada beli enpon made in Cina 7 bulan lalu, ada TV 2 sim kad, waktu tu harga RM750.00, ada kamera depan belakang,siap boleh zoom lagi, tapi sekarang simpan saja, sebab terlalu kuat radiasinya, waktu telepon telingan rasa macam kena sumbat sst. So, sapa nak...utk tengok TV boleh lah bayara RM200.00 je. My Contact Number 0194424417....

Sebelum Tugasan KIta hantar pada pensyarah, masih ada kesempatan untuk memperbaikinya lagi, begitulah....sebelum surat result terakhir kita dibawa kepada TUHAN, masih ada kesempatan untuk bertaubat dan memperbaikinya.
Selamat Maal Hijrah, Semoga kita ber anjak terus ke medan perubahan

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam syeikh hishe..

1. kawe minat dge hfon dm tu!
nti kawe jmpa dm.

2. oh..cantik ayat dm tu syeikh..
kawe pon nk ucap 'SLMT MYAMBUT MA'AL HIJRAH. SMGA ALLAH BIMBING & PIMPIN KITA UTK MJADI PENDIDIK & DA'I YG DPT MYAMPAIKN AMAR MAKRUF, N NAHI MGKAR.. Amiin."

xiiinam751 said...

Amal;
TV PDA ckLah tu harga RM600 lebih je.
Ada tv 1,2,3,7,8,9 percuma!! Suami ambil plan celcom 5+1. Dia bayar RM50 sebulan, ckLah dan anak-anak bayar RM5 je utk hp masing-masing. Pergerakan komunikasi anak juga mudah diselia..

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam..

cklah,
baguih info ttg hfon & plan celcom tu. teman minat gak..
nti teman try bncg dgn anak2 dara teman tu.. t/ksh..
:D

blogger templates | Make Money Online