KEWAJIPAN BERSOLAT

Sunday, June 21, 2009

'DOKTOR' YANG 'MEMBUNUH'...


Salam buat saudara pengunjung Halaman Hayat..

Sebulan, saya tidak mengemaskini blog. Maaf- buat sahabat dan kenalan yang sesekali menjenguk mencari bahan, cerita @ berita di sini tetapi tidak menemui apa-apa pembaharuan.. Sekali lagi - "MAAF!"

Saya sebenarnya bukan jenis yang suka berblog di cybercafe. Selalunya jika ingin berblog, saya lebih suka melayari atau mencoret sesuatu menggunakan talian streamyx di rumah. Saya tidak ada broadband yang mudah dibawa ke mana-mana untuk berinternet..

Selain masalah kesihatan yang agak menguji kebelakangan ini, satu hal yang menyekat dan "menyakit" untuk berblog adalah disebabkan "sakit" yang dialami oleh netbook saya.

Dalam sebulan ini, dua kali netbook saya terpaksa "diubati" (diformat). Segalanya berpunca daripada gangguan "Doktor" yang terimport ketika berinternet.

"Doktor" yang saya maksudkan - 'Malware Doctor' yang entah bagaimana, tiba-tiba "masuk, merasuk dan merosak" kelancaran penggunaan netbook dari kebiasaan. Akibatnya, kerja-kerja selalu 'hang' (tergendala), terpadam-padam..dan akhirnya terus gagal dibuka..

Justeru bagi saya Malware Doctor ini adalah "Doktor Pembunuh"!
"Doktor yang membunuh..."

Zalimkah saya melabel begitu..?

-Semoga saudara tidak mengalami apa yang saya rasai..

5 comments:

Marzida said...

salam cikgu,

Pada pandangan saya elok cikgu dapatkan anti malware dan antivirus yang bagus untuk mencegah dari malware dan virus menyerang. Contoh seperti yang saya gunakan Kapersky Internet Security 2009 yang saya beli secara online dengan Jaring (http://www.jaring.my/kaspersky/). Antara lain yang memang berkesan Norton Symantec, Panda, Sophos dan banyak lagi.. Biasanya freeware memang susah nak percaya kerana kadangkala anti malware tu sendiri yang menyebarkan virus dan malware. So perlu berhati-hati memilih anti malware dan antivirus.

Da, Wassalam

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam anakanda marzida..

t/ksh atas pandangan itu..

memang betul, kadang2 terkena drpd yg kita download free..

apapun, sememang perlu cari n gunakan yg tbaru n tbaik..

t/ksh.
wslkm.

InderaPutera said...

Beli anti-virus kaspersky. Murah & efektif

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

a ah, kaspersky murah n baguih..
tp ada prblm dgn netbook aku. dh try bbrp kali tp still got prblm..

last2, aku guna avira je..

tq bro!

xiiinam said...
This comment has been removed by the author.

blogger templates | Make Money Online