KEWAJIPAN BERSOLAT

Tuesday, December 14, 2010

SELAMAT 'BERHIJRAH'..


Assalamu'alaikum wrt wbt..


Sejambak 'Kemaafan' - buat saudara pengunjung dan sahabat handai yang biasa bertandang dan singgah ke Halaman Hayat. Sememang saya agak lama tidak mengemaskini blog ini. Sehinggakan seorang rakan kaunselor 'menegur' saya. Katanya- "Blog dah bersarang..."

Saya sedar, sejak membuka 'akaun' di Facebook, blog telah 'dikesampingkan'! Mungkin kerana lebih mudah, cepat dan tidak rumit, maka saya lebih selesa mencurah tintarasa di Facebook.. Tambahan pula, melalui Facebook, saya 'menemui semula' rakan lama waktu zaman persekolahan lebih 30 tahun dulu. Dengan izin Allah, saya juga berpeluang bertemu dengan bekas rakan sekerja, jiran, saudara dan teman sekolej dulu..

Meskipun boleh dikatakan saban malam saya 'membuka' Facebook, namun blog juga pasti saya jenguk. Susah juga apabila mempunyai lebih 3 personal blog yang berbeza 'karyanya', kerana setiap blog itu mempunyai 'pengikutnya' juga..

Apapun, saya akan berusaha untuk tidak membiarkan blog ini terus 'bersarang'..
Sesekali saya akan mencoret sesuatu. Insya-Allah..

Buat saudara pengunjung, "Selamat Berhijrah!"
Berhijrah- dari rasa lemah kepada gagah..
Berhijrah- dari tingkah malas kepada rajin..
Berhijrah- dari tabiat buruk kepada baik..
Berhijrah- dari kufur nikmat kepada syukur..
Berhijrah- dari berbuat dosa kepada menambah pahala..
Berhijrah- dari segala sifat mazmumah kepada mahmudah..
Berhijrah- dengan nawaitu yang tulus, mengharapkan maghfirah dan mardhatillah..

2 comments:

Ummi Humaira said...

Assalamualaikum...

salam ziarah ...lama tak bertandang kesini....

su said...

Hehe..yelah, da lama x bertegur sapa kan?

blogger templates | Make Money Online