KEWAJIPAN BERSOLAT

Saturday, April 7, 2012

MENDIDIK JIWA~ KERJAKAN SOLAT TAHAJJUD SEMAMPUMU..


Ada pelbagai kaedah untuk mendidik jiwa~ baik melalui lisan, hati, mahupun perlakuan yang melibatkan seluruh anggota dan deria.. Dengan berzikir, jiwa akan terasa dekat dan erat dengan Ilahi.. Seterusnya membuatkan diri berasa tenang dan senang. Kerajinan dan keikhlasan berzikir juga akan membentuk rasa kehambaan dan rendah diri terhadap al-Khaliq. Ini akan mendidik jiwa untuk bersikap redha, syukur dan sabar ~ sekiranya tiap zikrullah itu difahami dan dihayati maksudnya.

Mendidik jiwa melalui perlakuan~ menunjukkan rasa hormat dan kasih sayang sesama insan. Mudah untuk bersedekah dan ringan tulang untuk membantu dalam hal-hal keagamaan dan kemasyarakatan. Kesedaran diri apabila jiwa terdidik, pasti akan menyerlahkan tindak tanduk yang positif dan baik terhadap orang lain.

Kebiasaan mengerjakan solat tahajjud, juga akan membawa natijah yang baik terhadap jiwa seseorang itu. Seorang hamba yang sanggup bangun dinihari atau awal pagi, di saat insan lain lena dan leka dilayan mimpi, ketulusannya itu pasti dibalasi Allah dengan ganjaran yang besar.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya;
"Barang siapa yang bersungguh-sungguh menjaga solat tahajjud, nescaya akan dikurniakan Allah SWT sembilan kemuliaan, lima di dunia dan empat di akhirat kelak, iaitu:-
Lima di dunia;
1. Allah jauhkannya daripada segala bala bencana
2. Akan terlihat cahaya kesolehan di wajahnya
3. Akan dikasihi oleh para solihin dan disegani orang lain
4. Segala bicaranya menjadi hikmah
& 5. Mudah baginya memahami ilmu agama (Islam).
Manakala empat kemuliaan di akhirat nanti:-
1. dibangkitkan di akhirat nanti dengan wajahnya yang berseri-seri
2. Mudah dihisab segala amalannya (ketika di dunia)
3. Melalui titian sirat sepantas kilat
& 4. Menerima kitab amalnya dari sebelah kanan. "

Saya berpesan kepada sahabat dan diri sendiri~ ayuhlah bersama kita berusaha mendidik jiwa, agar kemuliaan bukan saja di mata manusia, tetapi lebih penting, kita mulia dan dimuliakan oleh Allah SWT... InsyaAllah..

No comments:

blogger templates | Make Money Online