KEWAJIPAN BERSOLAT

Sunday, September 14, 2008

MADU - Kelebihannya


Apabila disebut madu, terlintas di fikiran dua 'benda'. Satu, madu lebah atau sejenis manisan. Kedua, madu - yang dikaitkan dengan seorang isteri yang suaminya beristeri lagi.
Sesungguhnya, kehidupan 'bermadu' - bagi yang mengalami - biasanya digambarkan begitu sakit dan pahit. Yalah..siapa yang sanggup berkongsi kasih..?
Catatan ini sebetulnya BUKAN untuk menyatakan kelebihan hidup bermadu! Tidak juga untuk menggalakkan si suami menambahkan kuota isterinya! Walaupun secara peribadi, bagi saya- jika saya ditakdirkan beristeri lebih seorang, itu satu rezeki! (Selepas ini, pasti ada teman yang akan menempelak saya!)
Apa yang ingin saya sentuh, adalah berkaitan dengan fadilat madu lebah.
Firman Allah SWT bermaksud;
" Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia." [ Surah an-Nahl, ayat 69 ]
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat mengikut nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya daripada 77 penyakit."
Sabda baginda lagi : "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu."
"Sebaik-baik minuman ialah madu kerana ia dapat mengkonsentrasikan hati
dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada."

Fadilat madu ini turut dijelaskan oleh para sahabat.
Dari Imam Ali beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati."
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq , beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca
Al-Quran."
Oleh itu, marilah kita bersama mengambil manfaat dan khasiatnya madu. Dan yakinilah fadilatnya terhadap kesihatan kita.

No comments:

blogger templates | Make Money Online