KEWAJIPAN BERSOLAT

Wednesday, September 10, 2008

MUHASABAH - Selepas Kematian...Apa Bekalannya..?


TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATI SELEPAS KEMATIAN

Dari Anas ra berkata bahwa ada tujuh golongan yang menerima pahala, meskipun selepas kematiannya :-
1. Sesiapa yang mendirikan masjid, maka ia tetap berpahala selagi masjid itu digunakan orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai, selagi ada orang yang minum darinya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf, selagi ada orang yang membacanya.
4. Sesiapa yang menggali perigi, selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman, selagi ada yang memakannya baik manusia, mahupun haiwan.
6. Sesiapa yang mengajarkan ilmu yang berguna, selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Sesiapa yang meninggalkan anak yang soleh, yang mana ia selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
[yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an, maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri]

Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah SAW telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga keadaan :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakannya. "

*Catatan - Semoga kita mampu berusaha menambah bekalan amal ke dunia "sana".

No comments:

blogger templates | Make Money Online