KEWAJIPAN BERSOLAT

Friday, November 7, 2008

Menikmati Kebesaran Maha Pencipta di FRIM

Akhirnya, setelah lebih 20 tahun berkhidmat di Lembah Kelang, barulah saya berpeluang mengikut rombongan ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia(FRIM) yang terletak di Kepong.
Selama ini, saya biasanya menganjur, serta ikut terlibat mengikut lawatan sambil belajar ke destinasi popular atau yang menjadi tumpuan pelancong. Tidak terbayang pula FRIM, juga menjadi satu tarikan kepada mereka yang berminat berekreasi sambil menikmati keunikan dan keindahan pelbagai jenis pokok serta tumbuhan yang terdapat di negara kita. SubhanAllah!
[Perjalanan ke FRIM dari Hulu Langat, mengambil masa kira-kira sejam pada waktu puncak- orang ramai ke pejabat. Berbeza dengan waktu pulang, yang hanya memakan masa sekitar 45 minit.]
Setibanya di sana, kami diberi taklimat program Pegawai Penerangan FRIM, iaitu sdr. Faizal dan sdr. Aizat.

Rombongan kami yang seramai 80 orang murid dan 6 orang guru, kemudiannya dipecahkan kepada dua kumpulan.
Sdr. Aizat, memimpin kumpulan kami sepanjang program dengan memberikan banyak maklumat berkaitan pokok/tumbuhan, hidupan mahupun bangunan lama yang terdapat di sekitar kawasan FRIM.

*Di dalam kolam bawah jambatan ini, terdapat ikan arapaima gigas (ikan naga) yang panjangnya 5-7 kaki, dan mencapai berat lebih 100kg. (Di Brazil, ikan ini dikatakan mampu mencapai hampir 20kaki panjang, serta lebih ganas kerana boleh menyambar monyet di atas pokok!) Namun ikan arapaima di sini tidak demikian kerana telah dibela sejak kecil dan habitatnya berbeza.

*Selain ikan naga, juga terdapat ikan kelisa (arowana) yang hampir 2 kaki panjang.


*Pokok yang berusia lebih 5 dekad ini dikatakan telah ditanam oleh Queen Elizebeth(Ratu British)


*Buluh gergasi yang berasal dari Myanmar ini, ditanam pada 1927, boleh mencapai 36m tinggi, serta boleh menjangkau 25cm garis pusatnya.


*Pokok kacip fatimah, yang terkenal banyak khasiatnya


*Pokok simpuh gajah, yang banirnya menyerupai wajah gajah yang sedang bersimpuh



*Pokok liannas, yang 'dahan'nya bergulung-gulung memanjang. Boleh bergayut dengannya kerana teguh dan tidak mudah patah.


* Pokok yang diberi gelaran 'crown shy', kerana puncaknya yang tumbuh tidak akan bersentuh dengan pokok lain. Dilihat dari bawah, sememang cantik ibarat mahkota..



* Antara pokok yang bernilai tinggi terdapat di sini adalah jenis merbau dan meranti.


*Pokok langkap, berbuah tetapi tidak diusik oleh manusia dan haiwan.. Sebab? Beracun...



* Dalam pendakian menuju ke 'canopy walkway', terjumpa spesis ulat gonggok sepanjang lebih kurang setengah kaki (6inci). Apabila dipegang, ia tidak 'menggulung', tetapi 'melentik' seolah tidak suka dibelai!


*Peserta rombongan agak teruja untuk menaiki 'canopy walkway', sepanjang 150m, melalui tiga pelantar, dan pada paras 500m dari bawah.. Untuk sampai ke peringkat ini, sememang perlukan lutut yang kuat!





*Sememangnya 'canopy walkway' ini akan memberi kenangan yang tidak dapat dilupakan kepada sesiapa yang 'gayat'.. (Saya sendiri turut merasakan jantung berdebar kencang daripada biasa, lebih-lebih lagi sewaktu menapak, angin bertiup kencang! Tidak lama kemudian cuaca mendung dan ada tanda hujan akan turun. Alhamdulillah, sekadar gerimis.. Jika lebat, mahu saya 'kuyup' di pelantar kedua itu, kerana ditugaskan menjaga murid-murid agar tidak melebihi 'muatan')


*Alhamdulillah, menuruni bukit tidak seteruk mendakinya.. Dalam perjalanan turun, kami dapat mendengar deruan air terjun, seolah-olah seperti berada di Sungai Congkak (Hulu Langat) pula! Dan sememangnya terdapat kawasan air terjun, di mana pelajar-pelajar sekolah menengah sedang seronok bermandi-manda.

*Murid-murid kami sedikit terkilan kerana kesuntukan waktu menghalang mereka untuk turut menikmati keseronokan seperti pelajar sekolah menengah itu.

Kami bertolak pulang, dan tiba di sekolah hampir waktu asar. Sememangnya keletihan tidak dapat dinafikan, lebih-lebih lagi bagi kami yang 40an ni.. Terasa diri tidak sekuat dulu!

Apapun, lawatan ke FRIM telah memberi peluang dan pengalaman menarik kepada kami, di samping mengagumi kebijaksanaan Allah SWT, Maha Pencipta. SubhanAllah!

4 comments:

Dato' Y said...

ada jugak gambar pengubat hati pengarang jantung tu...tp line x clear la..byk sgt halangannya

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

ahaa.. apa blh buat dato..
kita dtugaskn utk mgawal mrd2, bukan mgawal 'dia'.. hihi.. :D

ckLah @xiiinam said...

Eh...apa ni....

Siapa 'dia' tu?
Kenapa ckLah tak tau? he...he...he...Gurau je...

Suami ckLah bawa ckLah ke FRIM masa berbulan madu dulu!!

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

ahaa.. bmakna ckLah tkenang waktu 'dolu-dolu' tu, ye..? :D

tkpa, ingatan akan mengembalikn sesuatu yg pnah mbekas kenangan manis dlm diari hidup kita..
itu yg psti...

( si 'dia' tu, kwn sklh kami yg jd tumpuan rkn gr.. baik pekerti, elok tutur katanya.. :D )

blogger templates | Make Money Online