KEWAJIPAN BERSOLAT

Friday, December 12, 2008

SESEKALI PULANG BERCUTI ... (dan memori silam pun kembali tersingkap...)

Saya telah ditanya oleh seorang rakan - "Kenapa dah lama tak update blog?"
Apa yang saya mampu jawab - "Balik JB..Rumah adik takda line internet!"
Noktah. Saya tidak mahu beri alasan lain. Bukan tidak boleh ke cybercafe untuk berinternet. Dekat rumah adik lelaki di Bandar Baru Uda, ada cc. Di Plaza Angsana pun ada. Cuma, sesekali pulang ke kampung menziarahi ibu dan adik beradik, saya seboleh-bolehnya mahu meluang sebanyak masa yang boleh bersama mereka.
(Sebenarnya, saya tidak menafikan- jika tidak berblog sehari dua, rasa bagai sebulan dua pula! Kerana itu, ketika ke rumah adik perempuan di Bandar Uda Utama saya sesekali meminta izinnya untuk "melihat" blog dengan menggunakan broadband dan laptopnya..)
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Sejak kematian ayah pada 2006, inilah kali pertama saya menghabiskan masa lebih seminggu (9 hari) bersama ibu dan adik-adik di Johor. Dan untuk kali pertama pula, saya menyambut Hari Raya Korban bukan di rumah keluarga sendiri, tetapi di rumah mertua adik lelaki di Mersing. Ini kerana kami telah menyewa tiga buah chalet di Tanjung Resang selama tiga hari dua malam. (Hari kedua kami di sana, adalah Hari Raya Korban.)

Sesuatu yang menarik di chalet yang kami sewa itu adalah tempatnya yang agak 'privacy' - tidak 'terdedah' kepada gangguan orang ramai. Kawasan chalet sekitar dua ekar itu, sesuai digunakan untuk aktiviti motivasi, 'family day' dan juga untuk individu yang mahukan ketenangan dan kerehatan. Kedudukan chalet kurang 100 meter dari pantai. Pesisiran pantainya bersih.

Cuma, kedatangan kami pada bulan Disember ini, tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda ataupun memancing. Ini kerana keadaan lautnya agak bergelora. Mengikut sdr Azmal Mahmud (tuanpunya chalet Resang Indah), jika berkunjung ke sini sekitar bulan Januari hingga September, keadaan lautnya lebih tenang, dan cantik dengan airnya yang kebiruan.

Memandangkan saya tidak melakukan aktiviti mandi laut ataupun memancing, saya mengisi masa dengan mengambil gambar sekitar pantai Tanjung Resang,selain berbual panjang dengan sdr Azmal mengenang kisah silam..
(Sdr Azmal yang saya kenali hampir 30 tahun dulu, saya anggap 'saudara dan sahabat baik', mempunyai minat yang sama, serta mudah berkongsi rasa.)

Sesuatu yang saya kagum dengan beliau, beliau masih mampu mengingati peristiwa silam yang kami lalui bersama - meskipun sudah lebih 2 dekad ianya tersimpan diam dari memori saya.. Dan paling mengejutkan - apabila pada hari kedua di sana, beliau telah menunjukkan album yang mengandungi gambar kenangan kami 'berdating' di Kota Singa. Aduhai..

(*Saya tidak paparkan gambar 'dating' kami itu. Tapi gambar saya dan sdr Azmal lebih 20 tahun dulu..)
Hati saya tersentuh tatkala menatap foto kami - Sdr Azmal dan 'Zai', saya dan 'Y'.
Sdr Azmal pastinya 'tidak terusik' dengan foto itu.. Sebab..? 'Zai' - adalah isterinya. Jodoh mereka 'kuat'. Alhamdulillah..

Saya dan 'Y'..? Tiada jodoh antara kami. Saya 'frust' waktu itu. Waktu itu. Dulu. Dulu, waktu saya belum cukup kuat menerima takdir! Alhamdulillah, saya TIDAK bertindak kurang bijak yang boleh memudaratkan diri sendiri. Itu yang pasti. Alhamdulillah..
Betul kata orang- cinta pertama, susah dilupakan. Meskipun hampir 3 dekad berlalu, perempuan bernama 'Y' itu, masih terpahat di taman ingatan..

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

*Catatan -
1. Setiap takdir Ilahi, ada hikmah yang tersirat.
2. Yakini kasih sayang DIA terhadap hamba-NYA.
3. Ketulusan, kejujuran, kesetiaan, adalah pengikat kasih sayang.
4. Sikap berprasangka adalah racun kepada keharmonian.
5. Berlaku curang adalah jalan kepada kemusnahan rumahtangga.

(Semoga kita terpelihara daripada segala fitnah mehnah..Amiin.)

5 comments:

Noorhisham said...

wah.......lamunan lama datang lagi. Diari lama syok juga sekali-sekali dibuka, direnung....dan kt akan bertanya...kemana kawan-kwan ku yg dulu sekarang...??? Dan pastinya antara mereka sudah ada yg pergi lebih dulu dari kita buat selamanya...Mereka pergi dan pastinya penyesalan mengiring mereka yang mensiakan kehidupan yg sangat singkat dan cukup bererti ini. Justeru....takdir masih membawa kita ke dunia ini, dan masih bernyawa....pergunakan sebaik mungkin wktu yg ada utk merapatkan diri padaNya..KIta PASTI akan pergi buat selamanya...

Dato' Y said...

ada lagi gambar lama2 tu...nostalgia yg menusuk jiwa...segelora laut china selatan...saya pun teringat mersing ni sbb dulu ada pi tg leman dan buat pendidikan luar kat sana...tn sheikh dulu mcm to' imam la..

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam..

*akhi norish -
t/ksh atas coretanmu. sememang kita perlu pgunakn sbaik mgkin waktu yg ada utk psiapn btemu dgn-NYA kelak..
(smga DIA mbimbing & memimpin kita mcapai mardhatillah. amiin)

*dato y -
betul, gmbar lama memg mnusuk jiwa!
hang pun kena pi mersing, kembalikn nostalgia itu!
(dulu2 memg 'tok imam'! la ni tok imam buat kluarga je.. :D

KTS said...

wah... tak byk berubah wajahmu 20 thn dulu dgn skrg ini ya... awet muda :D marilah kongsi rahsia ...
cuma bezanya, pada kepala... dulu ada serbannya... sekarang..... :D

kenapa hati ni rasa sakit bila baca ayat terakhir itu??
zzzzzzzzzzzzzz... jgn ikut kata hati..

oh... utk pengetahuanmu, aku juga perempuan bernama 'Y'.. tapi aku bukan perempuan 'Y' kamu... :D

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam dik KTS..

1. t/ksh atas komenmu.. :D

2. petua awet muda-
i) sentiasa bsikap redha & syukur
ii) jangan stresskn diri sdiri
iii) elakkan minum ais (kcuali sekali skala kalu dh tringin sgt!)
iv) dll yg sesuai dgn dirimu.. :P

3. serban..? ada ketikanya, tgok situasi. tk kn nk pi mancing or main bowling pakai serban, kan? masa pi tgok teater ke, tk kena kalau bserban, kan? kalu di tmpat kerja, pakai songkok je.. (dulu pakai kopiah, ketua majikan panggil-tegur, tk blh pakai kopiah d tmpat kerja...huhu..)

4. ayat trakhir tu, myakitimu..?
'SEKUNTUM MAAF', buatmu.. apapun, sgla yg pnah dlalui dgn ssorg, tentu mustahil utk dlupakn terus, kn? lantas? biarlah ia tsimpan diam sbg satu kisah yg mjadi kenangan.. :(

5. o..rupanya, KTS jg prmpuan bnama 'Y'..?
"Saya SUKA!" (meminjam kata2 dlm sebuah iklan...)
:P

blogger templates | Make Money Online