KEWAJIPAN BERSOLAT

Tuesday, December 2, 2008

'REUNION X-SKKP 6K 1991'


Sebenarnya, saya tidak pernah menghadiri sebarang program 'reunion' atau 'pertemuan semula' sama ada dengan teman persekolahan, mahupun dengan rakan sepengajian dalam bidang pendidikan dulu. Pernah juga tergerak untuk join dengan bekas pelajar Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB,JB) suatu waktu dulu, tetapi hasrat dibatalkan kerana tidak ramai rakan sekelas yang turut serta.
Tetapi bagi saya, 'reunion' yang diusahakan oleh bekas murid saya ini amat istimewa. Istimewa kerana jarang sekali - atau tidak pernah (?)- 'reunion' yang melibatkan bekas murid sekolah rendah. Bekas murid saya pada 1988 (Tahun 3) dan bertemu lagi pada 1991 (Tahun 6).

Saya amat tersentuh, atas usaha bekas murid-murid saya yang diketuai Marzida Hashim, dibantu Rosmah Ahmad Jamli, Norsliha Mat Nayan, serta pasangan suami isteri Mohd. Yazid Rafiee dan Norazlina Aziz, akhirnya rancangan 'pertemuan/penyatuan semula KELUARGA KAMI' dapat dilangsungkan di Hotel Impian Morib pada 29-30 November lalu.

Berkumpul ibarat sebuah keluarga selama dua hari satu malam ini, sesungguhnya berjaya merapatkan kembali hubungan silaturrahim antara kami - setelah 17 tahun berpisah. Sepanjang tempoh itu, semestinya banyak cerita yang ingin dikongsi, selain mendapat khabar tentang profesion yang diceburi mahupun soal-soal kekeluargaan.

Program selama dua hari satu malam itu juga diisi dengan aktiviti sukaneka- melibatkan anak-anak (bekas murid), dan antara murid-murid, selain turut disertai pasangan masing-masing. Pada malam jamuan, acara ucapan dan penyampaian cenderahati, serta sesi bergambar kenangan diadakan.




Memandangkan ada yang 17 tahun tidak pernah berjumpa, saya dan semua bekas murid lelaki yang hadir pada malam itu, keluar minum di Pantai Morib bagi mengambil peluang untuk memenuhi masa bersembang sepuas mungkin. (Pada malam itu, Uzailly Ahmad terpaksa kembali ke Melaka, manakala Mohd. Sofi Muda dan Hasrul Sani Mohd. Nasir pula harus pulang ke Kg. Pandan)

Pada hari kedua, meskipun tercatat 'acara bebas keluarga', namun beberapa orang antara kami mengisi masa dengan berbual panjang mengenang peristiwa zaman persekolahan dulu. Saya berasa kagum dengan beberapa orang antara mereka yang masih ingat beberapa peristiwa yang melibatkan kami, meskipun sudah 17-19 tahun berlalu..

Saat berangkat pulang, sememang detik yang amat menyentuh kalbu.. Saya sempat berpesan kepada mereka- harap dapat bertemu lagi, khususnya di 'rumah keluarga kita'. 'Rumah keluarga kita' - adalah blog di mana di situlah titik permulaan yang menemukan kami semula..
Buat 'anak-anak' 6 Kenanga 1991 (SKKP) - semoga Allah SWT memelihara hidup kalian, "di sini" dan "di sana". Amiin..

5 comments:

KTS said...

ingat juga anak murid pd cikgunya :D

tetiba teringat kwn2 lama.. cikgu2... di mana mereka agaknya

Marzida said...

salam cikgu, terima kasih.. semoga tahun depan kita akan dapat bertemu lagi... jasa cikgu buat kami akan kami kenang sampai bila2..

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam..

dik KTS -
sememang ingatn mrd kpd gurunya, satu 'hadiah besar' yg amat bharga.
(lbh2 lg bekas mrd sklh rendah- 17 thn dulu! aduhai..)

'anakanda' marzida -
t/ksh kpd marzida - atas usaha yg dlakukn shgga 'reunion' tu bjaya dlaksanakn..insya-Allah, smga thn dpan dpt dbuat lg n mlibatkn lbh ramai 'ahli keluarga kita'..

:D

ryann said...

sesekali bersama keluarga dan kawan lama. terlalu asyik dengan bidang saya jarang habiskan waktu yang sepatutnya. cemburu lihat abang

Unknown said...

lama tak jumpa kan.. takpe lah.. ade rezki kita jumpa ek..!

blogger templates | Make Money Online