KEWAJIPAN BERSOLAT

Wednesday, February 4, 2009

Merenung Dalam - MANUSIA DAN PERSIMPANGAN..

MANUSIA BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGAN

Saidina Abu Bakar ra
berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah SWT di atasmu.

Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."

Sesiapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama daripada dirinya.
Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang daripadanya nilai nyawanya.
Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal daripada dirinya.
Sesiapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat daripada dirinya.
Sesiapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga daripada dirinya.
Dan sesiapa yang memenuhi ajakan Allah SWT, maka hilang daripada dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Berwaspadalah dengan godaan iblis dan konco-konconya. Zikrullah dan kerajinan membaca al-Quran mampu membenteng diri daripada segala gangguan itu.

4 comments:

Noorhisham said...

Bagus masukan yang berguna dari demo syeikh, semoga menjadi panduan bagi yang hatinya mempunyai rasa takut kepada yang Ghaib

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam..
alhamdulillah, syeikh..
semoga bmanfaat kpd pbaca..
syukran syeikh...

hambaAllah86 said...

salam..terima kasih kerana melayari blog saya dan komen terhadap pejuang2 hamas yang mati syahid..insyaAllah..kita kena yakin dgn janji Allah..Allah telah membeli harta-harta pejuang yang berjuang di jalan Allah..balasannya di akhirat kelak..semoga kita tergolong dalam kalangan syahid..

dari guru pelatih..

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam..

sesungguhnya, janji Allah itu benar...

blogger templates | Make Money Online