KEWAJIPAN BERSOLAT

Tuesday, April 21, 2009

SESEKALI MELAYAN NASYID - TERSENTUH & MENGINSAFKAN!

Saya sememang jarang 'khusyuk' dengan lagu. Sekadar mendengar, sebagai halwa telinga.
Irama yang perlahan- sentimental - mudah saya terima kerana terasa mendamaikan. Lirik lagu pula, jarang dihayati sedalam-dalamnya.

Jika memandu, sambil mendengar radio- siaran Radio IKIM, Sinar FM dan Light & Easy menjadi pilihan. Dibuka, sebagai teman kesunyian.

Sewaktu menghampiri senja, berteman sepi, saya mendengar sebuah lagu nyanyian kumpulan Raihan, melalui handphone. yang tercatat- "Tuhanku" . (Saya tak pasti judulnya).Rentaknya yang amat perlahan, kurang muzik, namun agak harmoni vokalnya- tiba-tiba amat menusuk ke nurani. Liriknya amat menyentuh, serta menginsafkan..

Berkali-kali saya mainkan seraya cuba menyalin lirik lagunya.. Dan ini yang dapat saya kutip..

"Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah, kejahilan hamba-Mu

Kusering melanggar larangan-Mu
Dalam sedar ataupun tidak
Kusering meninggalkan suruhan-Mu
Walau sedar aku milik-Mu

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hamba-Mu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagiku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku, Kaupimpinlah
Diri ini yang mendamba cinta-Mu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dari-Mu

Ku sering berjanji depan-Mu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis kerana-Mu
Kemudian ketawa semula

Bilakah diri ini kembali
Kepada fitrah sebenar
pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku, Kaupimpinlah diri ini
Yang mendamba cinta-Mu
Aku lemah aku jahil tanpa pimpinan dari-Mu
Kau Pengasih
Kau Penyayang
Kau Pengampun
Kepada hamba-hamba-Mu
Selangkah ku kepada-Mu
Seribu langkah Kau padaku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga-Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka-Mu

Kutakut kepada-Mu
Kuharap jua pada-Mu
Mogaku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat "


*Tidak sedar, dalam menghayati lirik lagu ini, tiba-tiba mata berkaca!

"Tuhan, ampunkanlah dosa-dosa hamba-MU.."

No comments:

blogger templates | Make Money Online