KEWAJIPAN BERSOLAT

Wednesday, March 25, 2009

TINTARASA LUKA...SEBENARNYA..


Ada sahabat yang bertanya-
"Syeikh, lama tak update blog..?"

Lidah - diam, tidak tahu meluah bicara
Hati - berantakan, tapi malas menyusun alasan

Ada 24 jam dalam sehari, jika dibahagikan kepada 8 jam untuk beribadah (tapi aku akui, aku tidak mampu beribadah selama itu!) 8 jam untuk bekerja (waktu rasmi bekerja, belum tentu cukup!) dan 8 jam untuk berehat (campur waktu tidur, mungkin agaknya..), masakan tidak ada ruang untuk saya menyumbang sesuatu di blog ini..?

Masa - sentiasa menanti untuk diisi
Ruang - semestinya ada jika dicari

"Hendak seribu daya, mahu seribu cara!" -nasihat seorang pakar motivasi.

Saya akui- kita yang mengurus masa. Bukan masa yang mengurus kita! Dan bukan alasan tiada masa untuk mencoret sesuatu di blog..

Sebenarnya, ada beberapa sebab yang menyebabkan saya tidak dapat meng'update' blog.

Sejak kebelakangan, saya rasakan kesihatan agak terjejas. Ada kala, dada seakan sempit untuk bernafas. Saya, kekadang alah pada kesejukan. Saya tidak ada asthma, meskipun waktu kecil dulu- lebih 40 tahun dulu- saya dikatakan pernah hidap lelah.
Dalam beberapa hari ini, kerap pula kena migrain. Pada hal, sudah agak lama saya tidak diserang migrain. (Siang tadi doktor tanya, adakah saya mengalami stress..? Saya sendiri tidak pasti!)

Yang nyata, entah mengapa semangat untuk berblog sedikit luntur. Pada waktu tertentu, agak payah untuk mengirim post beserta foto- komputer jadi 'hang', terpaksa restart dll.. Saya tidak pasti adakah kerana line streamyx yang bermasalah, ataupun apa..

Dan jika tanyakan mengapa saya tidak updatekan 'blog yang satu itu' - saya jujur mengatakan, mood saya sudah hilang! Sebab..? Saya cuba memasukkan berita berkaitan warga 'nya', tapi ditegur 'boss' kerana kononnya tidak sesuai. Usaha saya itu seolah tidak dihargai. Bahan dalam blog yang diprint dan ditampal di papan kenyataan, tidak pernah ditanya tentang kos yang saya keluarkan. (Tidak mengapa, saya tidak akan menuntut apa-apa!). Justeru, telah sebulan saya 'membiarkan' blog itu tanpa apa-apa berita dan maklumat terkini..(Maafkan saya, sahabat!)

Terserahlah kepada saudara pembaca, sama ada perlu 'menghukum' saya kerana tidak 'mengupdate' blog lagi..

*Coretan ini sebenarnya, lebih merupakan 'tintarasa luka'...

13 comments:

Norish @ Afraima said...

Kita bukan menagih sesuatu dari usaha kita, tetapi kita mendapat kepuasan dalam berkarya...namun bila usaha kita bukan setakat tidak dihargai, malah di cemooh.....disitu titik bermulanya keliatan, malas, putus asa dan sebagainya, semuanya boleh berpunca dari lidah manusia yg tak bertulang, asal bicara, asal bersuara, menghitung implikasi dari tutur kata jauh sama sekali. demikian bila keegoan membesar dalam diri mereka...Bangkit Syeikh...Demi yang Haus Tinta demo....ada rahmat buat orang lain yang dahaga sentuhan demo...

MOHD NOOR BIN ABDUL RASID said...

Salam, Cikgu Lan, betula nak post blog ni kena ada mood. Sy suka baca blog Cikgu Lan. Susun kata yang menarik.Sy Sokong 100% ckgu kita x minta pun hasil kerja kita dibayar tetapi sekurangnya dihargai.

Dato' Y said...

salam sheikh...sebenarnya saya dah rasa lama dah yg tn sheikh rasakan...hanya org yg libatkan dlm bidang ni saja yg tahu...mcm saya kata dulu nak buat laman web senang je..tapi nak update tu yg susah..bukan sebarang org yg boleh buat...saya mengaku saya dah gagal hidupkan ict kat sekolah...tambah pulak x dpt sokongan..cuma yg tinggal kat tn sheikh saje yg boleh diharap..so, anggaplah ia sbg hobi saje dan ilmu utk kita...jgn harapkan lbh2 drp itu..takut frust

xiiinam said...

"INI BLOG GUA" Kata kawanku ,PYANHABIB.



Suka hati oranglah...blog orang....!!!


Sebab tu...semasa menulis komen di blog orang juga, kita kene berhati-hati...Sungguh!! Hati orang tak sama. Niat orang juga tak sama.

Bagi saya, blog adalah blog. Saya tidak akan terbawa-bawa ke alam realiti. Kerana blog saya, blog caca marba. Bukan blog bijak bestari, ahli falsafah, tokoh politik, bicara mufti, cikgu besar atau cikgu berpangkat besar. Kerana saya hanya seorang cikgu kecik. Blog saya adalah blog peribadi. Bukan blog rasmi sekolah. Jadi, kalau mahu laporan terperinci tentang hal-hal sekolah, jangan harap ada di blog saya.

Pagi Isnin ini, saya akan terbitkan satu entri tentang itu....harap Pak Amal dapat memahami saya.Kenapa selama ini saya garang dengan Pak Amal....Muehehe...

Errr....Kata suruh saya komen 'cerpen'! Mana cerpennya?

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam,
shbt2 yg sy hormati..

syeikh norish,
betul tu, kawe sokong 100%!
kito buke mitok sstu, tp lbh kpd kpuase..slain nk smpaikn sstu..
insya-Allah, kawe ake 'bgkit'..
:)

cikgu mat nor,
t/ksh atas sokongan..
:)

dato' y,
sy memg bsemangat utk masukkn brita dll dlm blog sklh kita..
tp bila mklmt warga kita sdiri pun 'dilarang', brita mcm mn lg yg nk dmuatkn..?
apapun, mgkin sy akn 'kmbali' nti..
:)

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

slm hrmat buatmu, cklah..
t/ksh sudi komen kat sini..

1. betul, blog peribadi- sukati kita nk tulis apa sj!

ttg nk bg komen kat blog org lain, memg kena bhati2.. kadangkala, kita niat bgurau dgn tn punya blog itu. tp pnerimaannya lain plak.. so, timbullh prkara2 yg tk spatutny, kn..?
:D

2. sy ada 3 blog peribadi, slain turut 'myumbang' dlm blog kaunselor n sklh..

masalahnya, kalau dlm blog sklh kita masukkn brita shbt (guru/warga sklh) khwin, mninggal dll, tk kn tk blh..? itu pun tmasuk dlm brita yg prlu warga sklh tahu, kn..?

3. sy ada minta cklah komen kat cerpen sy, tp dlm blog -
http://kanvaskarya-amal4444.blogspot.com
(harap cklah sudi2lah jenguk ke sana..)
:)

kakyong said...

Berpesan-pesan dengan kesabaran...

"Dan janganlah kamu (berasa) lemah dan jangan (pula) bersedih hati" (Surah Ali Imran ayat 139)

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

slm kakyong..

t/ksh krna mgingatkn..

sbg insan yg bnyk klemahn, prlu dipringatkn utk pdoman hdp..

t/ksh.

Muhammad Yusri said...

salam tn syeikh...
maaf lambat membaca tinta rasa tn syeikh dan sifu...lebai harap tn syeikh dan sifu sabar dan menganggap semua perkara yang mendatang sebgai dugaan dan bak air banjir yang datang dan pergi apabila hujan berhenti...sabar yer...chayo-chayo...bangkitlah sahabatku..bagunla..semoga terus sihat...kesihatan perlu dijaga..ada masa dapatkan nasihat dr...

Halezza Ibrahim said...

Salam....saya pun dah lama tak berposting...

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam dik lezza..

kdg kala ksibukn krja jg mjadi phalang, kn..?

smga kita masih bkesempatn utk 'myumbang sstu' kpd teman pbaca, insya-Allah..

:)

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

slm tn lebai..

t/ksh krna memahami..

insya-Allah, akn trus mnulis jk bksmpatn..

-ksihatn tk menentu spt cuaca..

tice LIN said...

salam cikgu...
besalah kita manusia... tak sume benda yang kita buat bleh memuaskan hati sume pihak...

saya pon menulis atas dasar suke2 n ingin berkongsi rasa.. tak salahkan.. ada masa kita ber n3.. tak de masa kita senyap je la kan...
apa2 pon...kita hanya insan biasa..

blogger templates | Make Money Online