KEWAJIPAN BERSOLAT

Tuesday, July 21, 2009

MUHASABAH DIRI - GAJI, BIAR HALAL & BERKAT


Setiap kita pastinya inginkan keberkatan terhadap gaji yang kita nikmati hasil daripada pekerjaan kita. Besar atau kecil bukan persoalannya. Ada rakan yang berpendapatan kecil, namun mampu hidup bahagia serta mempunyai anak-anak yang berjaya dalam pelajaran dan pekerjaan. Ada juga orang yang kaya, tetapi tidak dapat menikmati kebahagiaan hakiki.

Semuanya itu pasti disebabkan beberapa faktor yang memberi kesan terhadap keberkatan hasil wang yang diperolehi- dari mana sumbernya, bagaimana diperolehi, ke mana dibelanjakan dsb.

Sebagai ketua keluarga, menjadi kewajipan baginya memastikan sumber pendapatannya halal, agar kesannya kepada orang yang ditanggungnya itu baik lagi berkat.

Artikel yang saya terima melalui email ini rasanya sesuai dikongsi dengan saudara, sebagai panduan memuhasabah diri sendiri, agar kita tidak terjebak dengan perlakuan yang mampu menghilangkan keberkatan terhadap gaji yang kita kecapi setiap hujung bulan.

Rencana ini dikatakan disampaikan oleh Ustaz Zaharuddin (maaf, saya tidak dapat info lengkap mengenainya).

Bersamalah kita menghayatinya..

Dosa Harta Seorang Pekerja
oleh Ustaz Zaharuddin

Berikut adalah salah satu cabang dosa harta yang dimakan oleh sebahagian pekerja. Semuanya pasti merosakkan jiwa dan hati serta menjauhkan daripada keinginan solat, apatah lagi untuk mendapat khusyuk.

Contoh dosa harta seorang pekerja.
1.Menggunakan peralatan syarikat untuk tujuan peribadi seperti kertas, pen, faks, fotostat, menelefon anak di rumah, rakan-rakan dan lain-lain, yang mana tiada hubungan dengan kerjanya. Maka penggunaan tidak sah ini mestilah dibayar oleh pekerja sama ada secara langsung atau tidak
langsung.

2.Menipu syarikat ketika membuat tuntutan wang yang digunakan seperti tuntutan kos minyak petrol, pembelian alatan untuk syarikat di luar dan lain-lain dengan membuat kos tambahan sendiri.

3.Mengambil rehat tidak sah ketika waktu bekerja. Ia akan menyebabkan pendapatan gaji seseorang tidak sepenuh miliknya.

4.Membuat tuntutan kerja lebih masa dengan perancangan. Ia pada asalnya adalah harus, tetapi menjadi haram apabila pekerja sengaja melambatkan kerjanya pada waktu biasa, dengan niat untuk melakukan kerja lebih masa atau overtime. Ini ialah salah satu bentuk penipuan.



5.Rasuah dalam membuat pemilihan. Pegawai yang bertanggungjawab memilih kontraktor untuk iklan, pembersihan, latihan dan lain-lain untuk syarikat atau organisasinya. Sebagai contohnya, pihak pegawai memilih syarikat Z daripada empat syarikat lain yang menghantar quotation kerana syarikat
Z itu berjanji memberikannya sedikit imbuhan ikhlas.
Hukumnya adalah HARAM dan RASUAH dalam Islam.

6.Mencipta quotation sendiri oleh pegawai atau kumpulan pegawai yang diberikan kuasa membuat pemilihan kontraktor untuk syarikat. Dia atau mereka sepakat untuk memberi kepada 1 syarikat yang mereka kenali bukan kerana kualiti dan harganya tetapi kerana sebab-sebab lain. Disebabkan
oleh prosedur syarikat yang memerlukan agar quotation daripada 4 buah syarikat yang lain, pegawai ini telah mencipta beberapa quotation daripada syarikat yang tidak wujud bagi menunjukkan quotationnya adalah yang terbaik.
Hukum adalah HARAM kerana MENIPU.

7.Menaikkan harga. Seorang kakitangan diminta oleh majikan untuk mencari pembekal bahan mentah dan berjaya mencari dengan harga RM1500 tetapi menaikkannya kepada RM 2000, lalu baki RM 500 diambilnya.
Hukumnya adalah HARAM oleh sepakat ulama.

8.Menang Tender Bersyarat. Pegawai diminta oleh majikan mencari kontraktor untuk mengubah suai pejabat atau apa jua aset syarikat. Pegawai itu telah melobi syarikat B kepada majikan disebabkan dia telah mempunyai perjanjian di sebalik tabir dengan pihak syarikat B yang memberikannya izin untuk melabur wang peribadinya dalam syarikat B dengan kadar keuntungan mengikut Islam kononnya. Padahal, jika tiada peluang melabur itu, sudah pasti pegawai itu tidak akan mengempen syarikat B.
Hukum tindakan sebegini adalah HARAM dalam Islam dan ia termasuk dalam RASUAH BENTUK BARU dan berselindung di sebalik aktiviti pelaburan Islam.

9.Tuntutan Palsu. Kakitangan membeli barang keperluan syarikat ataumengisi minyak dengan harga tertentu tetapi berpakat dan memohon pembekal atau stesen minyak mengeluarkan resit dengan jumlah berbeza daripada jumlah pembeliannya. Berbekalkan resit itu, pegawai membuat tuntutan
kepada syarikat dengan harga berlipat kali ganda. Ini yang berlaku dalam kes-kes di atas.
Hukumnya adalah HARAM menurut Islam kerana membuat penipuan kepada syarikat. Pihak pembekal juga berdosa kerana dikira bersubahat mengeluarkan resit berjumlah palsu itu.

10.Resit Harga Ciptaan. Kakitangan membeli barang untuk kegunaan syarikat dari satu kedai, dan kedai tersebut enggan bekerjasama untuk menaikkan harga dalam resit. Bagi meraih keuntungan, pihak pegawai telah mencipta resit sendiri berserta cop palsu.
Hukumnya adalah HARAM dalam islam kerana PENIPUAN.

11.Ambil Untung Sendiri. Pegawai diberi oleh syarikat bajet maksimum sebanyak RM 5000 untuk membeli satu barangan keperluan syarikat. Pegawai berjayamencari di pasaran terbuka barang yang diperlukan dengan hargaRM4000 sahaja. Bagi mendapat manfaat, si pegawai telah berpakat dengan
penjual agar dituliskan harga RM5000 dalam invoice dan baki RM1000 hendaklah diberi kepadanya.
Hukumnya adalah HARAM kerana penipuan dan wang khianat sebagaimana yang disebut oleh Nabi Muhammad S.A.W. Bagaimanapun, jika ia berterus terang dengan majikan sambil memohon sebarang insentif atas kejayaannya mengurangkan kos syarikat kerana kecekapannya mencari barang yang lebih murah, tatkala itu, majikan harus memberikannya jika ia tidak menyalahi mana-mana undang-undang syarikat. Jika tidak, majikan akan mengambil kira kejayaan itu dan membayarnya dalam bonus dan kenaikan gaji apabila sampai waktunya sahaja. Wang yang diperolehi daripada kerja yang telah diberi gaji. Ramai individu yang cuba mendapat side income daripada cara-cara yang disebut tadi, sambil melakukan tugasannya yang wajib. Ingatlah hadis berikut,

Nabi bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) " (Riwayat Abu Daud)

8 comments:

Muhammad Yusri said...

Buat Tn Amal....saya terjumpa lagu yg menarik senikatanya...manis bahasanya...Rindu Terhenti..Nyanyian Tomok...mungkin sesuai menggambarkan kisah hidup saya bersama*** ***...tuan amal tksh sudi mendengar.....saya pun sgt sedih bila tgk tuan amal berkemas kat bilik UBK...apa boleh buat...kita semua mencari yang terbaik dalam hidup kita..chayo2..semoga tn amal succes di dusun tua..persahabatan ini jgn diakhiri begitu saja...sekalung doa mengiringi pemergian tn amal...t.ksh atas segalanya...

Telahku Tinggalkan
Memori Silam Ku Itu
Tidakku Biarkan Hidupku
Dibelit Pilu
Walau Duka Menampar Dada
Walau Sepi Mancalar Hati
Rindu Ku Terhenti
Ku Pinggirkan Sayu
Yang Meruntun Kalbuku
Kasih Dulu
Ku Biar Berlalu
Ku Pinggirkan Lara
Yang Berpaut Dijiwa
Ku Teruskan Hidup Tanpa Dia
Padam nyala patah tumbuh
Hilang Tak Berganti
Cinta Tiba Cinta Pergi
Yang Azali ku nanti
Yang Azali ku nanti

mohon maaf...tak de tempat saya nak curahkan..jadi saya gunakan ruangan ini..he he he..jgn marah..ha ha ha

saya yg rendah diri....lebai

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

aduhai sdraku, tn lebai..

1. t/ksh atas catatn itu.. teman tsentuh amat!
sememg kita tpaksa akur pd tugas. hari ni teman dulu yg pergi. hujung bulan, teman psti tn lebai pula yg akn myusun langkah..
-spt tn lebai, teman jg bharap pshbtn/psadran yg tjalin- kekal ke akhir hyt..

2. tk mgapa mluah sstu- wp di ruang ini. yg penting, sgla crita manis n tangis tn lebai- teman turut dpt mrasai n bkongsi rasa..

lirik lagu itu sememg amat 'lara n lirih'.. n teman dpt mbayangkn prasaan tn lebai mhadapi saat 'lara n lirih' dgn insan itu yg tlebih dahulu mhadap al-Khalik..

biarpun dia hilang di mata, tetapi di nurani kekal jua.. abadi menjadi memori!
smga rohny aman 'di sana'..

-teman tetap setia mnunggu karya tn lebai nti..
:D

Muhammad Yusri said...

tksh..ha he hu..karya?alamak...kalau dapat Uitm mungkin ada sedikit masa..kalau berterusan mcm ni..aduhai...jenuh tunggula..he he he

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

ermm..? tkpa tn lebai, kalu dpt uitm, tangguh dulu 'projek' tu.. nti perlu sambung..
teman tggu, tau!
:D

Sham al-Johori said...

Tuan Chulan,
Saya sebenarnya terimbau saat indah menjadi guru. Saya rasa, gurulah pengalaman paling indah di dalam hidup saya.
Guru adalah bulan penerang gelap malam dan sesat ilmu.
Salam dari kejauhan.

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

slm sdraku-
Tn Shamsuddin, smga rahmat Ilahi sntiasa mlimpahruah thdpmu sklrga..
amiin.

benar- kata2 sdra itu.
alam guru psti brbekas dlm -
bg sesiapa yg pnah bgelar 'guru'.
ada pahit, ada sakit.
kadang manis, kadang tangis.
tp tetap bmakna
n mulia selamanya.

smga tn bjaya dlm alam yg lbh mcabar..
amiin.

Indah Hairani said...

Assalamualaikum..
salam kunjung..1 Ramadhan..sy suka berlama di blog tuan banyak yang saya perolehi...

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

wa'alaikummussalam ..

dik indah..
t/ksh sudi mnapak ke halaman hayat..

silakan bertamu, bila2pun..

semoga ada faedah yg dapat dikutip di sini..
:)

*slmt mrgjakn ibadah sepanjang ramadhan..

blogger templates | Make Money Online